Friday, January 1, 2010

A New Beginning

Dah mula tahun baru 2010. Tutup sudah tirai 2009. Azam tahun baru? Entah.. Cukup lah sekadar untuk sentiasa memperbaki diri dari tahun2 yang lepas dan sentiasa berada dalam keredhaan-Nye.Cuma azam tahun nie aku cuma nak ada camera baru je kot :) Ada orang nak tolong belikan ke? :) Tahun 2009 nie endingnye memang sedih buat aku, sebab ntah sebab apa masalah problemnye,"awek" aku tetiba rosak. Jangan salah faham, maksud aku kat sini camera aku yang rosak :( Sedih jugak le rasanye bila first love aku D40 nie rosak, banyak kenangan aku dengan D40 nie.

Erm nak buat macam mana,nampaknye kena la berhenti kejap la shot2 gambar nie. Kena la keluarkan gambar2 lelama yg sebelum nie xpernah sempat nak diedit n release :) Lagi satu bagusnye boleh jgk aku atur archive photo2 aku yang dah bersepah kat dalam hard disk aku nie ...Banyak jugak rasanye photo yg sempat aku shot dari mula aku pegang kamera bulan 12 tahun lepas. Dah merata aku usung kemera aku kesana sini, setiap gambar yg diambil dan cerita yg tersirat mesti akan tersemat dalam memory aku. Bercakap pasal memory nie, apa yang aku perasan dengan peredaran zaman technology ni orang dah banyak bergantung kepada gadjet2 yg sedia ada untuk rakamkan semua moment dalam hidup kita. Memang diakui ketepatkan mekanikal daripada alat seperti camera, tape recorder dan sebagainye. Tapi kita agak terlepas pandang pada fungsi otak yg Allah kurniakan untuk kita adalah alat perakam memori yg paling sempurna yang pernah kita ada. Bayangkan sepanjang umur anda dah berapa banyak memori yang kita simpan. Sejak dari umur tiga atau 4 tahun kita dah mula kumpul memori, xkira sama ada yang baik atau tak baik untuk kita.

Dalam xsedar aku memang suka bab memorizing nie, memang dah habit aku dari dulu. Tambah2 kepada pada benda atau perkara yang aku suka, memang kekadang aku boleh ingat in detail jugak. Tapi semakin banyak umur bertambah akan berkurang le kemampuan nak mengingat nie. Sentiasa nak kena improve memori kita dari tahun ke tahun. Cara yang terbaik adalah dengan sentiasa aktivkan brain function kita.Jangan terlalu bergantung pada technology yang kekadang buat minda kita jadi terkokong. Jangan sampai, nak congak matematik mudah pun nak kena guna kakulator kekadang :)Teringat aku kat sorang mamat kedai runcit nie, nak kira baki duit 10 ringgit untuk barang 4 ringgit pun nak guna kakulator. Tapi xboleh le nak gelakan dia, mungkin tu habit dia kot,suka guna kakulator, xkira apa saja mesti mau tekan kakulator:)

Cara yg terbaik untuk improve memori kita adalah dengan cuba belajar benda2 baru yang boleh stimulate kita punya brain function, main mind puzzle dan yang paling berkesan adalah dengan selalu dapatkan cahaya dari Al-Quran, itu yang paling terbaik skali. Erm, kan aku cakap, kalu tulis panjang terus jadi ayat skema lagi..huhu ..So keep improve your memory, macam ada kawan aku pesan,just keep all as the memory, that rignt indeed..Yes I will remember all the memories that comes throughout my life :) OK cukup sampai sini.. :)




4 comments:

SnoW whiTe said...

Memories are not to be kept in mind, but to be cherished in the heart. Happy holiday ;)

Niezam said...

Yup I do really agree with you, it should be cherished in our heart, that what make the memory more memorable and hard to be erased...Have a nice weekend :)

SnoW whiTe said...

A mind can always forget. But the heart always remembers.

Niezam said...

But there are also something that mind and hearts will not forget :)

© www.nieziam.blogspot.com All images on this site are under the ownership & copyright of MOHAMAD NIZAM KASIM. No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the permission from the photographer. All Rights Reserved 2009.

Followers